HERBALIFE

HERBALIFE

Friday, 12 August 2011

Amaran!


Bismillah..

Salam ramadhan semua! :)
Post kali ni bertajuk Amaran!..

Kenapa? Jangan salah  faham ye..Aku tak bermaksud nak menakut-nakutkan sesiapa..Tetapi amaran ni khas untuk mereka yang berminat nak request e-book percuma aku.. E-book ini PERCUMA..TAPI....percuma hanya untuk sesiapa yang berminat nak mencari seorang jurulatih/coach. Golongan yang tak termasuk dalam kategori ni ada 2 iaitu:

          1. Anda sudah mempunyai seorang jurulatih
          2. Anda sudah menjadi Pengedar Herbalife

Pada sesiapa yang TAK termasuk dalam golongan ni, anda sangat-sangat dialukan untuk request e-book tu..I would be glad to share with you guys how I did it easily! (Lose 2 Kg in 5 days)

Untuk yang termasuk dalam kategori 1 dan 2 di atas, maaf sangat-sangat dan terima kasih kerana berminat nak baca e-book aku. Tapi, korang dah ada seorang jurulatih. Aku percaya jurulatih korang adalah yang terbaik untuk korang. Apa yang jurulatih korang dah guna, dah buat, semuanya sama macam apa aku dah buat..Kami menggunakan produk yang sama, cara yang sama dan kami sama-sama disiplin, sebab tu dapat result. 

So pleaseeee, aku hope sangat korang boleh refer back pada coach korang kalau korang ada sebarang masalah..Sebabnya dah ramai pulak lately yang request e-book ni, tapi bila aku tanya diorang kata dah beli Herbalife, saja nak tau testimoni..Ada juga yang cakap, baru beli Herbalife ni, nak tau cara-cara nak guna..Huhu...semua tu korang boleh tanya kat coach korang. Bila korang beli barang-barang kat dia, maksudnya, dia kena coach korang sampailah korang puas hati. Tu memang tanggungjawab dia..!So, jangan malu-malu nak tanya kat coach korang okeh! Itu memang hak korang..Tanya je pape, biarlah sampai dia letih dah nak jawab soalan korang, tanya je ye! :)

Ok, terpanjang pulak. Ingat nak bagi short notice je tadi..So, kepada sesiapa yang masih belum mempunyai coach, berminat nak tau lebih lanjut tentang Herbalife, ragu-ragu nak cuba Herbalife, berazam nak kurus dan sebagainya, boleh email je sebarang pertanyaan korang kat norazura.ma@gmail.com. Insya Allah aku cuba sedaya yang mampu tolong korang. Sharing is caring :)



Tuesday, 9 August 2011

Nak Kuruskan Badan Cepat?


Bismillah.

Siapa yang tak nak kurus cepat kan? Betul tak? Semua orang suka nak tahu kalau betul-betul ada cara nak kurus badan cepat-cepat ni. Ada tu memang ada. Aku setuju kalau ada orang cakap “Saya tak makan nasi sebulan, dapat turun 5 Kg!” 

Betul, memang boleh turun cepat macam tu, tapi...aku nak tanya balik, “Bila awak start makan nasi balik, berapa lama berat tu boleh maintain je tak naik-naik?” Kalau ada yang jawab boleh maintain atleast sebulan, meh roger aku, aku nak berkenalan =)

Kurus cepat tak kan bagi sebarang kebaikan pada kita. Trust me! This is true.. Kalau anda nak turunkan berat badan, pilihlah cara yang terbaik. Cara yang sihat, senang, mudah, selamat dan tak membebankan anda. Yang paling penting, anda kena enjoy dan happy ikut cara tu. Kalau tak suka, tak jatuh cinta, susah sangat-sangat nak kekal dan effectnya, korang takkan dapat hasil yang korang nak.

Jom kita baca  keratan akhbar Kosmo hari ni yang cerita tentang kurus badan cepat..

  
So, main points yang aku boleh listkan kat sini ialah:
  1. Dapatkan pemakanan seimbang untuk mengawal dan mengurangkan risiko obesiti.
  2. Pemakanan seimbang = Kurang lemak, kurang gula, kurang garam, mempunyai kandungan tinggi zat besi, vitamin, dan nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A, D, C dan kalsium.
  3. Lebihkan sayur dan buah-buahan. 
  4. Amalkan gaya hidup yang sihat. 
  5. Jangan harapkan keputusan segera (Ideal range untuk turun berat badan yang sihat ialah 1-3Kg sebulan)
  6. DISIPLIN! 
So, untuk aku, aku dah pilih untuk berubah dan disiplin untuk dapatkan tahap kesihatan yang lebih baik disamping turunkan sikit berat badan aku. Aku pilih Herbalife shake. Kenapa? Sebab Herbalife ada NUTRISI SEIMBANG. Sebab senang sangat-sangat nak prepare, tak sampai 2 minit pun. Paling penting sebab mudah sangat tak payah risau nak makan apa untuk dapatkan semua nutrisi seimbang tu sebab semua tu ada dalam Herbalife shake! 

Selamat ke tak? Dah tentu! Sedangkan ibu mengandung yang banyak pantang larang pun boleh minum, ape lagi aku kan! ;) Terlebih-lebih selamat nak guna. So kalau korang rasa-rasa nak cegah awal masalah obesiti dan berminat nak tahu tentang Herbalife lebih lanjut, email je aku ye norazura.ma@gmail.com. Insya Allah korang takkan rugi pape kalau korang berani untuk berubah =)

Monday, 8 August 2011

TIPS KURUS 1


Bismillah.

Salam Ramadhan ke-9 untuk semua. Hopefully kita semua masih bertenaga dan bersemangat untuk mengejar pahala ibadah di bulan Ramadhan penuh barakah ni. Bagi yang baru memulakan program diet anda dengan Herbalife di bulan puasa ni, macam mane perkembangan? Harap2 anda telah mula mendapat result. Aku yakin, sesiapa yang disiplin dan konsisten ikut menu, ikut cakap coach, Insya Allah dah mula dapat result lepas seminggu. Go go chaiyok! :)

Nak tips kurus? Ok, harini aku nak share sikit tazkirah/tips yang aku dapat dari email2 yang di forward oleh rakan2 sekerja. Cara2 berdiet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.




Kalau korang baca sampai habis, korang akan notice sebahagian daripada amalan Rasulullah ni turut dititik berat dalam diet cara sihat Herbalife. (Indirectly, Herbalife turut mendidik kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW). Sesiapa yang dah start guna Herbalife mesti akan notice benda ni :) Bagi yang belum ambil Herbalife tu, Insya Allah, Herbalife memang selamat, sihat dan sangat bagus untuk kita amalkan. Untuk sebarang pertanyaan boleh email pada norazura.ma@gmail.com.

Cara Rasulullah SAW Berdiet

  • Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, baru makan nasi. 
  • Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
  • Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.  
  • Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 
  • Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan:-  
  1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit.
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
  4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 
So, sesiapa yang sedang mencari-cari tips kurus dari segi Islam, amalkan lah amalan Rasulullah di atas. Disamping mendapat pahala mengikut sunnah Baginda, kita juga akan dapat kesihatan yang lebih sempurna, Insya Allah..Bagi yang berminat nak tahu tentang Herbalife, email kat norazura.ma@gmail.com atau add FB search Azura Awal. :)

Wednesday, 3 August 2011

MASALAH GASTRIK: Gastrik di bulan puasa


Bismillah

Masalah gastrik di bulan puasa memang selalu menjadi kerisauan. Lebih2 lagi yang memang ada masalah gastrik yang teruk. Aku bukan lah dalam kategori ni sebab jarang2 terkena gastrik ni. Sebabnya, aku selalu makan on-time. Dikatakan, salah satu punca gastrik ni ialah waktu makan yang tak teratur. Harini makan tengahari pukul 12, besoknya pukul 3, lusa pulak langsung tak makan. Macam tu lah lebih kurang.

Punca, sebab, tanda2 gastrik, rawatan dan sebagainya dah banyak dicerita di blog2 lain. Aku pun tidaklah arif dan pakar sangat nak cakap tentang hal ni. Aku lebih selesa sekadar berkongsi apa yang aku tau dan aku sendiri dah alami.

Menjadikan gastrik sebagai alasan tak mahu berpuasa memang tak patut. Di zaman moden serba canggih ni kita dah ada macam2 cara untuk mencegah dan memperbaiki masalah gastrik. Salah satu cara yang aku selalu amalkan ialah melalui pengambilan Herbal Aloe Concentrate. Mana nak dapat? Tentulah dari Pengedar Herbalife dan aku salah seorang darinya! (^_^)V

Adik aku pun ada cakap, “sikit2 Herbalife, sikit2 Herbalife!” hahaha..haruslah! Benda memang baik dan bagus. Aku sendiri dah cuba, sebab tu berani nak share dengan orang tersayang. Kenapa aku berani nak cuba? Senang je, sebab aku tengok Herbalife ni ibu mengandung pun selamat boleh guna. So, sedangkan ibu mengandung yang banyak pantang larang tu boleh ambil Herbalife, tak memudaratkan, kenapa tidak aku dan anda yang lain yang memang tak de pantang2 bab makan ni? Tak salah mencuba, kenalah berani berubah kan kalau nak kan perubahan.

Nak jadi cerita, hari ke-3 puasa semalam, aku terlupa nak minum Herbal Aloe Concentrate dulu sebelum minum shake. 1st day and 2nd day tak missed. So aku ingat, tak de pape lah sebab gastric problem aku sangat2 lah jarang. Tapi sedih betul bila start lepas Zohor je perut aku da mula meragam..sakit, tak selesa, mula sendawa2 angin..memang tanda2 gastrik lah tu kan. Sampai ke waktu nak berbuka rasa sakit tu.   Ha, baru tau, memang betul lah Coach aku cakap Herbal Aloe Concentrate ni sangat bagus untuk memperbaiki masalah gastrik.

Moral of the story, esok, lusa, tulat, bebila la kan, aku akan wajib ambil Herbal Aloe Concentrate untuk elakkan terkena gastrik lagi.. di samping tu, of course jangan lupa doa selalu Ya, Allah, permudahkanlah urusan puasa ku pada hari ini, terimalah ibadah ku ini Ya Allah, Amin..”

Masih belum terlambat sekiranya anda ada masalah gastric dan mahu mencuba Herbal Aloe Concentrate atau sebarang produk Herbalife semasa Ramadhan. Anda boleh email saya norazura.ma@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. 

Monday, 25 July 2011

Terbaru: Alhamdulillah! E-book Pertama Aku Completed!!! =)


Akhirnya berjaya jugak aku siapkan e-book pertama aku. Hehehe itu pun setelah beberapa kali direject oleh ‘sifu’. Thanks a lot ‘sifu’! (^_^) Without your help, comments and guidance, this will not become a reality!

Aku ambil keputusan untuk menghasilkan e-book ni sebab aku memang excited nak share dengan semua macam mana aku boleh hilang 2kg dalam masa 5 hari tanpa senaman.. Dengan cara yang MUDAH, SIHAT DAN SELAMAT..

3 perkara tu yang paling penting.. aku ni memang malas sikit nak pergi bersenam..dan tak boleh dengar jugak kalau diet2 kene elakkan makan nasi. Memang lemah kalau camtu.. tapi dengan Herbalife, tak de masalah pun kalau nak makan nasi..best tak??? Best kan... =) Makan nasi, boleh turun 2kg dalam masa 5 hari.. Alhamdulillah..  (^___^)

E-book ni memang pengalaman aku sendiri.. Dari sebelum guna Herbalife, sampailah ke perubahan2 positif yang aku dah alami sendiri selepas guna Herbalife. Nak cerita banyak2 pun tak tercerita..korang kena baca e-book aku ni kalau nak tau full story ye! ;)

So, if korang berminat nak tau macam mana aku boleh hilangkan 2 kg dalam masa 5 hari, korang boleh send email kat norazura.ma@gmail.com untuk request for the e-book ye.. IT’S FREE!!! (^_^)

Tuesday, 8 March 2011

Testimonial: Selepas 22 Hari


22 hari bersama Herbalife memang puas hati..=) kenapa? aku ada banyakkkk sebab..antaranya:-
  1. Berjaya kurangkan 2.5kg dalam masa 22 hari..
  2. Dulu pakai tali pinggang betul-betul kat lubang yang paling hujung (paling besar) tapi sekarang dah berjaya ke lubang yang ke-2 hujung..(boleh bayangkan tak maksud aku?hehehe...)
  3. Dah boleh pakai 1 t-shirt ni yang dulunye tak muat kat bahagian punggung..
  4. Lebih jimat banyak masa sebab tak perlu fikir breakfast n dinner nak makan ape, just minum Shake je! pergi shopping pun tak perlu habiskan masa cari additional foods macam roti, tuna, maggi, biskut2 etc. sebab dah gantikan dengan buah-buahan sebagai snacks yang sihat!
  5. Kaklong aku juga kehilangan 1.5kg dalam mase 7 hari! (Dia start seminggu selepas aku guna Herbalife)
Kita tunggu hasilnya selepas sebulan bersama Herbalife..tak sabar! =)

Sunday, 20 February 2011

Permulaan bersama Herbalife


Semalam,  genap 7 hari aku bersama Herbalife. Masih baru dan masih terlalu awal untuk aku memberi penilaian terhadap keberkesanannya..tetapi, aku terpanggil untuk berkongsi rasa bersama semua tentang beberapa perubahan positif yang telah aku lalui seawal tempoh 7 hari ini..

Sebelum ini, aku sering berasa letih, cepat penat, mudah rasa mengantuk semasa di ofis, dan kurang keyakinan diri. Semuanya gara2 berat badan ku yang semakin hari semakin bertambah. Aku tension melihat rakan2 ku yang sudah berumah tangga, masih slim melim.sedang kan aku yang masih bujang?? Aduh...tekanan bertambah apabila kebanyakkan baju baru yang kubeli tidak muat akibat lebihan2 lemak di bahagian tertentu..dan akhirnya terpaksa kujual atau kuhadiahkan shj baju2 tersebut kepada adik2 ku yg lbh slim =( Lebih buruk apabila rakan sekerja mula berkata sinis “jangan gatal-gatal beli baju kalau kau tak muat nak pakai!” Sedihnya!

Sejak itu, aku nekad mahu lakukan perubahan. Aku juga mahu lebih sihat kerana bimbang jika berat badan berlebihan, banyak penyakit lain yang akan singgah..cukup-cukuplah dengan sakit kaki, tumit dan lutut ku yang mula berjinak-jinak semenjak kebelakangan ini. Aku mahu lebih sihat, lebih cergas dan lebih bertenaga dengan menurunkan berat badan! 

Alhamdulillah, Allah tunjuk jalan mudah pada aku dengan Herbalife. Mudah?kenapa mudah? Kerana hanya dalam masa 7hari, aku sudah mula merasa beberapa perubahan positif dalam hidup aku. Antaranya: 
  1. Sebelum ni aku malas bangun pagi sebab selalu fikir ‘malasnya nak pergi kerja pagi2’. Tapi sekarang alhamdulillah bangun pagi senang je tak de snooze2 jam dah =p
  2. Berpuluh kali agaknya aku menguap ketika di ofis. Tapi sekarang, susah pula aku nak ingat ada ke tak menguap ye sebab langsung tak rasa mengantuk! Cergas je sepanjang masa! =)
  3. Hidup rasa lebih positif, lebih cergas dan ceria sebab badan rasa lebih ringan walaupun baru 7 hari aku dengan Herbalife.
  4. Paling seronok bila aku timbang, aku telah berjaya mengurangkan 2KG dalam masa seminggu! Wah, coach aku pon kata ‘incredible result!’
Tak sabar rasanya mahu melihat hasil untuk hari-hari seterusnya! =)